TRIP KE PANTAI MORIB

MANDI MANDA DI PANTAI MORIB
Pada 16 Oktober 2021 yang lepas selepas kebenaran diberikan untuk sektor pelancongan dibuka dan pergerakan rentas daerah dibenarkan di Selangor, apa lagi peluang yang diberikan tidak dilepaskan. Minggu lepas memang tempat-tempat menarik ni memang terlalu padat dengan manusia yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga mengambil angin luar. 
Saya pada mulanya nak bawa family pergi mandi di Sg Manggis di Hulu Langat, bila dapat info dari memberi Hulu Langat jem, jadi plan diubah ke Morib. Sebenar nya tak pernah pun mandi di Morib, biasa mandi di Bagan Lalang Sepang je. Pergi Morib biasa sampai di kawasan mercu tanda seperti di bawah ni je.
Mercu tanda Pantai Morib.

Jarak perjalanan dari Kajang ke Morib ialah dalam 72.4km mengambil masa 1 jam 9 minit menggunakan Lebuhraya SKVE Telok Panglima Garang B124 Jalan Pusara Banting dengan toll RM6.30 sahaja, ada je option lain tapi jalan ni lancar pada waktu tu.

Nak pergi ke pantai Morib kena taip Pantai Morib Baharu di waze bagi yang baru nak ke sini, kalau tak waze akan bawa ke mercu tanda morib tu.

Tengok pantai rasa tenang.

Keadaan sangat panas, sebab kami sekeluarga sampai Morib tengahari.

Makan tepi pantai ni seronok rasanya, berselera habis
Alhamdulillah dapat port yang baik, bawah pokok redup sikit. Kereta pun parking sebelah khemah. Kalau ada bawa khemah ni best sikit nak relex santai. Khemah ni beli kat shoppe je murah dalam RM 60 lebih ikut saiz la.
Meja lipat tu pun murah jugak boleh letak dlm kereta dengan kerusi lipat. 
sedapnya. Ni la meja lipat tu.
Apa lagi Harraz, seronokla dia SUNBURN la
Layan

Seronok main pasir


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan ke Pustaka Peringatan P. Ramlee bagi melihat sendiri kisah kehidupan Allahyarham Seniman Agung ini.

BUKIT MELATI / MELATI HILL NILAI NEGERI SEMBILAN