BUKIT MELATI / MELATI HILL NILAI NEGERI SEMBILAN
Pada 19 Oktober 2021, iaitu pada hari keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Saya dengan geng STAYFIT IPPM, Abm Siva. Terpaksa berdua je kali ni sebab perancangan dibuat pada jam 11.30 malam semalam, jadi org dah tido tak perasan mesej dan ada yg tak dapat join sebab dah ada program lain. Nama : Bukit Melati Tempat : Nilai, Negeri Sembilan Ketinggian: 350 meter - 370 meter Jarak dari Kajang ke Bukit Melati kira-kira 34KM iaitu memakan masa selama 35 minit perjalanan, toll lebih kurang RM3.40 melalui toll Kajang Selatan. Jangan risau gais Kajang ke Nilai tak jem. Waze - "Bukit Melati Nilai Negeri Sembilan" Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner, ataupun dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi anda yang ingin mendaki gunung-ganang. Kerana trek-trek yang disediakan sangat friendly pendaki. Ini lah pemandangan biasa pada waktu pagi di kaki Bukit Melati Di k...