BUKIT MELATI / MELATI HILL NILAI NEGERI SEMBILAN

Pada 19 Oktober 2021, iaitu pada hari keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Saya dengan geng STAYFIT IPPM, Abm Siva. Terpaksa berdua je kali ni sebab perancangan dibuat pada jam 11.30 malam semalam, jadi org dah tido tak perasan mesej dan ada yg tak dapat join sebab dah ada program lain.


Nama : Bukit Melati
Tempat : Nilai, Negeri Sembilan
Ketinggian: 350 meter - 370 meter

Jarak dari Kajang ke Bukit Melati kira-kira 34KM iaitu memakan masa selama 35 minit perjalanan, toll lebih kurang RM3.40 melalui toll Kajang Selatan. Jangan risau gais Kajang ke Nilai tak jem.

Waze - "Bukit Melati Nilai Negeri Sembilan"

Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner, ataupun dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi anda yang ingin mendaki gunung-ganang. Kerana trek-trek yang disediakan sangat friendly pendaki.
Ini lah pemandangan biasa pada waktu pagi di kaki Bukit Melati
Di kaki bukit memang banyak gerai makanan

Sebelum naik bolehlah sarapan dulu gais

Macam-macam jugak menu yang ada
Tak pastila pukul berapa mereka mula berniaga, sebab saya dan geng sampai jam 9 pagi.
Sini boleh bergambar
ni la maps bukit melati secara lukisan mudah. Ada Puncak Cobra, Puncak Nyamuk, Puncak Monyet, Puncak Lipan, Puncak Helang
Ni trek masuk rasmi, ada juga yg naik ikut trek lain
Ni la petunjuk arah nak naik puncak mana yg anda suka.
Beginilah rupa darjah kecuraman bukit ni gais. Macamana takut tak.....hahaha
Ni baru pengenalan
Tak sangka ramai jugak yang baru naik jam 9.00 ni, pikir kami yg terlewat.
Mula² nafas baru nak laju dup dap dup dap warming up katakan
Ewah lajunya Hiker pro tu
Sampai puncak pertama
Puncak Centipede atau Lipan
Tengah tunggu giliran la tu
Sabar ye abm, ada org masih nak selpi lagi tu
Akhirnya berjaya bergambar di mercu tanda puncak Centipede Hill
Macam mana ni, semua arah sana🤨
Turun jom
Abm, mempunyai skill tersendiri turun bukit
Aku perati je org depan tu
Cantik view ni. KP
Aduh bagi la aku tercari-cari jalan dulu. Nampak...senang je kan, jalan ada papan tanda tunjukan.
Redup je kan
Hijau mata memandang
Macam ada air tu
Memang ada takungan air di sini mcm tasik
Selain daripada denai kat sini ada jalan berkayu, selain jalan berbatu dan bertanah.😁

Senangkan nak naik
kesian dah ditujuk jalan keluar "OUT"
Mula mendaki lagi.... Chaiyoook
Ada yg turun, ada yg mendaki naik. Maksudnya Bukit Melati ni ikut jalan mana² pun boleh, semua boleh tembus dan tak sesat.
Mendaki lagi, tapi jangan risau ada trek cantik, tak payah risau. "Don't worry be happy"
Belanja gambar satu
Rehat lu.... Lek lu.... Bagi pendaki yang tak pro mcm saya santai² je la naik tak perlu rebut²
slow-slow
Sekeliling yang hijau kemudian ditambah pula dengan kekuningan makin terserlah kecantikan flora.
view dr atas 
Kegigihan orang tua ni turun dari bukit mencemaskan orang sekeliling. Dia taknak dibantu, memang semangat warga emas ni. HIDUP WARGA EMAS
Dah sampai Puncak Monkey
Ditaja oleh Satay Willy
Jumpa orang Kajang, umur pun lebih kurang semuanya akhir 40an dan awal 50an
Habis batteri la pulak.
Cobra Hill puncak terakhir sebelum keluar

Takkan sesat...
Tamat. Selamat Beriadah.


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan ke Pustaka Peringatan P. Ramlee bagi melihat sendiri kisah kehidupan Allahyarham Seniman Agung ini.

TRIP KE PANTAI MORIB